NADI x Kesejahteraan Diri : Bro Fit Level Up ! & Webinar : Kanser Paru-Paru: Dulu Hukuman Mati, Sekarang Ada Harapan?

28 Oktober 2025 | Aktiviti Terkini

27 & 28 Oktober 2025 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, peserta telah menonton video pendek NADI x Kesejahteraan Diri: Bro Fit Level Up! & Webinar: Kanser Paru-Paru: Dulu Hukuman Mati, Sekarang Ada Harapan?

Program Exercise Bro Fit: Level Up direka khas untuk membantu peserta meningkatkan tahap kecergasan dan ketahanan fizikal secara menyeronokkan. Melalui gabungan latihan kardio, kekuatan, dan fleksibiliti, peserta diajar cara menjaga tubuh dengan teknik senaman yang betul dan selamat.

Dulu bila orang dengar kanser paru-paru, semua fikir tiada peluang untuk sembuh. Tapi sekarang, keadaan dah banyak berubah. Dengan teknologi dan rawatan moden seperti imunoterapi dan rawatan sasaran, pesakit ada peluang hidup lebih lama dan berkualiti. Kesan awal dan tindakan cepat. Jangan tunggu simptom jadi teruk baru nak periksa. Sekarang, kanser paru-paru bukan lagi hukuman mati — masih ada harapan, kalau kita bertindak awal.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali